BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 22 December 2011

Analogi masjid dan Imam

“Bakal suami kamu kerja apa?’, tanya seorang Mak Cik kepada seorang anak gadis pada suatu hari.
“Dia kerja biasa-biasa saja Mak Cik”, jawab gadis tersebut.
“Kenapa kamu tak pilih yang berpangkat besar?”
“Dah ini jodoh saya Mak Cik”.
“Berapa gajinya sebulan?”.
“Tak tahulah saya Mak Cik. Dia tak pernah beritahu”.
            Apabila seseorang anak gadis ingin melangsungkan perkahwinan, inilah antara soalan popular yang sering di tanya. Status bakal suami, gaji yang diterima dan ada juga yang sanggup bertanya berkenaan rupa paras bakal suami tersebut.
            Paling kritikal adalah apabila ada dalam kalangan sanak saudara sebelah bakal pengantin wanita yang menjadi spy membuat penyiasatan ke atas lelaki yang bakal di kahwininya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengenalpasti status bakal suami anak gadis tersebut.
            Pernah saya ketemui seorang sahabat yang hampir-hampir mengikat tali pertunangan, tetapi diputuskan oleh ibu gadis itu sendiri. Menurutnya, ibu gadis tersebut enggan menerimanya semata-mata kerana dia adalah seorang ustaz. Apa yang dimahukan oleh ibunya adalah bermenantukan seorang Doktor. Nampak seperti lucu, tetapi inilah hakikat yang berlaku.

Cinta Kerana Material
            Hari ini ramai yang menyandarkan material sebagai ukuran untuk memilih menantu. Penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ini merupakan virus “wahan” yang dinyatakan oleh Baginda SAW yang menimpa umat akhir zaman.
 Tsauban radliyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.
Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.
Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “.  (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)

Imam Sebagai Nakhoda
Antara ciri-ciri suami yang jarang di tanya orang adalah, pandai menjadi imam solat atau tidak. Untuk menjadi seorang suami yang baik, semestinya suami yang bakal di kahwini mampu untuk menjadi imam di dalam solat seterusnya juga mampu menjadi imam di dalam rumah tangga.
Mendirikan rumah tangga disama ertikan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah institusi yang agung yang di ketuai oleh seorang Imam. Namun begitu, agak janggal apabila “masjid” yang hasil daripada akad nikah tiada imam di dalamnya. Tiada solat berjemaah, tiada bacaan al-quran dan tidak memenuhi tuntutan syariat Allah SWT.
Masjid yang di dirikan di isi dengan peralatan karaoke untuk dinyanyikan oleh seisi keluarga. Akhirnya masjid yang dibina tiada rohnya, akan akhirnya ranap menyembah bumi.

Cahaya Rumah Tangga
            Bakal suami yang dipilih mestilah mampu untuk menerangi rumah tangga dengan cahaya. Cahaya yang di maksudkan bukanlah cahaya yang datangnya daripada lampu, tetapi lebih dari itu. Cahaya yang datang daripada anugerah Allah SWT melalui amalan solat dan membaca al-Quran. Sabda Rasullah SAW:
“Terangilah rumah-rumah kamu dengan sembahyang dan membaca Al-Quran
(Hadis Riwayat Baihaqi)

            Namun begitu, untuk menjadikan perkara ini suatu realiti bukannya suatu perkara yang mudah. Walaupun semasa perkahwinan hadiah hantarannya berupa kain telekung dan sejadah serta senaskah al-Quran, tetapi itu hanya sekadar hiasan. Kain telekung dan kain sejadah yang diberi disimpan di dalam almari dan hanya dibuka sekali sekala tiba hari raya. Manakala al-Quran diletakkan di atas rak dan akhirnya berdebu dan hanya dibuka apabila berlakunya kematian.
            Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, penentuan calon suami yang betul-betul berkelayakan adalah sangat penting. Kalayakan yang di maksudkan adalah dari sudut agamanya dan barulah diiringi faktor-faktor lain. Bagi golongan lelaki, persiapkanlah diri dengan ilmu agama. Bukan mahu jadi alim untuk mengajar di surau-surau, tetapi cukup sekadar dapat di amalkan dan di kongsi dengan ahli keluarga.

from: tinta hikmah

~Namun kini aku cuma mempersoalkan satu soalan saja iaitu bukan "siapa dia" tapi aku cuma memikirkan "bagaimana aku" utk melengkapkan dia.....~

Imanina insyirah
22/12/2011

0 comments: