BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 24 February 2011

Ampuni aku

Ya'Allah...........
Terasa kerdilnya aku dibumi Mu ini...Ketika insan lain sedang berlari mencari sinar kehidupan, aku masih meraba mengira butiran dosa yg ku lakukan...
Tidak terhitung khilafku sbg abid Mu Ya'Allah.......
Kadang-kadang hati ini terasa bengkak dgn dosa semalam...
Kekadang ingin ku hukum diri ini atas kebodohan lalu....
Tetapi siapalah aku...aku hnya hambaMu....hany Kau yg selayaknya menghukum ku atas segla butiran dosa yg aku titipkn di dunia ini...

Namun, aku ingin pergi jauh dri noda hitam semalam Ya'Allah...
Aku ingin mewarnai gelap itu dgn cahaya penerang...aku mahu meletakkan namaMu dekat seeratnya ke dalam hati ku...
Aku tdak mahu lagi namaMu terlerai dari jasad yang berdosa ini...
Ya'Allah kau terimalah taubatku..Kau peliharalah hatiku ini Ya'Allah...
Jgn Kau dekati lg aku dgn kegagalan semalam...
Ya'Allah...............
Tunjukkan aku sebuah jalan kebenaran...agar mampu aku jadikan ia laluan ke arah sebuah kehidupan...
Kehidupan yg Kau redhai hingga ke hujungnya....

~Nukilan~
imanina insyirah

Sahabat perjuangan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah aku msh diberi peluang utk mnitipkn kata-kata indah utk perkongsian bersama di taman blogku yg tersyg ini....
Hari ini tiada apa yg memenuhi hati dan pemikiran ku melainkan keikhlsan sebuah pershabatn yg tak pernah aku persiakan...aku mnyayangi setiap insan bernama shbat dlm hidupku...Ya'Allah, trima kasih kerana Kau mengurniakn shbt sejati yg sentiasa berada di sisiku tika aku rebah dalam menongkah arus dunia dan mereka jugalah yang setia memeluk tubuhku tika aku mendapat khabar gembira....terlalu sukar utk aku katakn dgn kata-kata betapa besar jsa n pengorbann mereka terhdapku...tdk terhitung tiap kasih sayang yg aku rsakn ini Ya'Allah...Bagaimn harus aku mnghargai mereka yg memenuhi hati ku ini....??!!
tidak sesekali aku ingin melihat air mata duka mengalir di pipi indah milik sahabat-sahabatku ini Ya'Allah..jgn Kau resahkn hati mereka dgn ujian yg tdk mampu mereka lewati Ya'Allah...

"saya sayang teman-teman saya"

Wednesday 23 February 2011

Redupan Kerinduan

Assalamualaikum.....
Keindahan bulan malam ini membuat aku ingin membuka suatu hamparan kehidupn yg mngasyikkan smbil ditemani lagu-lagu penenang jiwa yg mndayu di corong radio...
hati ini sebenarnya gelisah mmikirkn kedua insan bernama ibu dan ayah yg jauh di kampung..terasa rindu untuk mlihat dua org insan mulia yg diutuskn Allah s.w.t kepada ku itu...insan yg mndidikku, mngasuhku dan mmbelai aku seerat mungkin dalam mngenal erti sebuah kehidupan hingga kini...terkenang aku pada nilainya seorang ibu yg bertarung nyawa melahirkan aku...terharu aku mngingati pengorbnan ayah berjemur di tngah pnas demi sesuap nasi buatku....
mak ayah...anakmu ini terlalu merindui untuk menatap wajahmu yg semkin tua meningkat usia...
Tika aku kejauhan di sini...bagaimanakah keadaan mereka...sihatkah ayah ibuku..?? rindukh mereka pda anak bongsu kesyangan mreka ini...atau adkah mereka sedang terseksa menderita mengharungi usia yg smkin tua...
Ya'Allah,kau peliharalah kedua utusanmu kepadaku itu.....aku terlalu menyayangi insan itu.....

Ayah.....
Masih aku ingt saat ayah mulai risau ketika aku handak ke sini dl...tdk tergambar kerisauan ayah utk mninggalkn aku jauh dri pelukannya...wajah ayah tika itu seolah-olah kuat enggan utk melepaskn aku pergi...kerinduan dan kasih syg seorang ayah kpd anak gadisnya jelas terpancar di wajah yg semakin berkerut itu...kekuatan ayah cuba dikumpulkan namun berjuta pesanan diberikan tanda dia mahu aku sentiasa berada dalam keadaan baik-baik shja di sini...rindunya aku untuk menyalami tangan yang mencari rezeki buatku itu..inginku cium tangan tua itu shingga menitis air jernih ini.....namun.....ayah ksayanganku jauh di sana..sedang utuh mngirimkn doa-doa agar aku berjaya di sini...sedangkan ayah di sana sanggup mnahan kebimbangan mmikirkan keadaan ku....tidak pernah sekali pun dia meluahkan kebimbngannya kepada aku..namun utusan kata dan suara sayu ayah cukup mmbuat aku tersentuh tiap kali mndengar suara yg kurindu itu.....
ayahhh....maafkn anakmu ini jika kehadiranku ke dlam dunia ini seringkali membebankan dan mengecewakan hatimu yg suci itu...sungguh.............sungguh bkn itu sebenarnya yg anakmu ini ingin lakukan...tidak ayahhhh...anak mu ini hanya mahu melihat ayahnya gembira dalam membina usia tuanya...anakmu ini tdk mahu lagi ayahnya meratap sedih mngenangkn kenakalan insan bernama anak....
ayah...akan ku buktikan bahawa aku mampu manjadi anakmu yg mampu membanggakan....
hanya untuk ayah...................

Mak..................
tangisanmu tika melahirkan daging bernyawa ini tika akan ku lupakan hingga ke hujung nyawa....tidk akan ku biarkn mak mnangis skli lagi krna kegagalanku.....mak, anakmu ini terlalu mencintaimu.....teringatnya pada senyuman mak tika anakmu ini menjulang kejayaan dlu....senyuman itu ckup bermakna mak....
makkk...
mak jgn hilangkn snyuman itu...jgn biar anak mak ini ketandusan kemanisan itu.....mak...jgn sekali-kali mak ukirkan lukisan duka dlam kehidupanmu hanya kerana anakmu ini...anakmu ini akan terseksa, berdosa kiranya duka menjengah dlm jiwamu.....
mak...anak mak ini sedang bergetar jiwa merindui tubuh yang sering membelainya tika tdo..mngusap syahdu rambutnya dan memeluk erat tubuhnya....makkk...rindunya pada kenangan itu...ingin sj aku berlari pulang utk bersama mu.....hnya kerana kau ibuku.......

~nukilan khas buat~
Hj. Ensan & Pn. Habibah
       24/o2/2o11

Monday 21 February 2011

Kemenangan ke arah unggulnya sebuah kehidupan

Pelayaran mencari pulau kemajuan,
Kemajuan dalam menjulang kejayaan,
Ku ingin julang kemajuan itu,
Untuk mendapat sinar kebahagiann.

Kekadang hati terdetik menimbul sejuta persoalan,
Di mana aku tika ini,
Mampukan aku mara merentahi lautan duri ini,
Mampukan aku gagah melangkah,
Maniti lautan duri realiti.

Aku ingin pergi,
Merangkak mencari sebuah jalan,
Berjalan menuju sebuah persimpangan,
Berlari mengejar cahaya impian,
Dan......,
Dan berhenti disudut kejayaan.

Namun...,
Akan sampaikah aku di tangga itu,
Mampukan aku memanjat anak-anak tangga dugaan,
Mampukah aku.....

Lalu.......,
Senyuman harapan itu kembali,
Dua insan mengiringi tanda menghargai,
Manisnya lakaran manis itu,
Tak akan sekali-kali ku biar ia pudar kembali.

Dan......,
Kemenangan akan ku gapai,
Tidak akan sekali ku lepaskan,
Tidak sesekali,
Kerana itu ia dalam genggamanku,
Menggenggam seakrab mampuku,
Kerana itu acuan kehidupan,
Dalam menuju......,
Unggulnya sebuah kehidupan.

Sunday 20 February 2011

Cebisan cinta semalam

Percintaan....1 kata yg pnya makna yg sngt luas..kdng2 kita bisa mndengar pelbgai komen plbgai kata2 indah tentg cinta..xkurang yg menafikn kehadiran cinta dlm hidup mereka..apa yg blh dikatakn itu semua pndpt yg x blh dikawal...

"cinta itu ibarat bunga mekar yg kian mewangi..namun jgn dilupa bunga itu juga akan mnjadi layu hilang mekarnya.."

Pada aku, cinta itu sesuatu yg indah..baik cinta kpd Allah, makhluk dan alam ciptaan Allah ini..Segalanya ingin ku lakarkn yg terindh hnya untuk menggambrkn indahnya cinta itu berputik dalam hati nuraniku hari demi hari..

Cinta Allah adalah cinta utama yg ingin ku kejar..aku x mahu hidupku sekadar kertas yg dibiarkn berterbangan sia-sia...aku mahu cinta aku adalh sebuah lakaran indah yg tdk pudar hnya kerana halangan bernama kehidupan..

"kehidupan adalah hamparan kertas dan kecintaan adalah lukisan keindahan"

Nak dijadikn cerita cinta manusia sememangnya tiada penghujungnya namun harus diingat pnya batasannya..Ingin aku kabarkn pada semua tntg suatu ceritera cinta yg pnuh tauladan dan mampu mnyentuh hati kecil yg sedang marak membuah bibik cinta yg diimpikan smpai ke syurga...kehidupan seorg gadis ibarat beradu di dalam lautan kasih dan syang tika cinta remaja membarak menyala di dalam jiwanya..hati yg dlu snyi dihiasi bbunga indah sang kekasih bernama lelaki..bagaimna harus ku kabarkn pada kalian betapa indahnya hidup si gadis tika itu..tiada lain yg mnjadi semngat dlm khidupn melainkn sgunung hrapan yg penuh cinta semlam..

"cinta itu bisa menenggelamkan dan bisa membangkitkan"

Namun cinta si gadis ini tdk pernh mngenal noktah utk dilupuskn..cinta yg dianggap tiang pendinding dalam menjana sebuah kehidupn rupanya buknlh seindah keinginan..bukn jga kerna kecurngan si jejaka tetapi perlindungan Allah memutuskn hubungn mereka…

“sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah, usahlah kita menilai dan pertikai lagi..segalanya jelas di depan mata”

Artikel yg menggetarkn jiwa mudanya membawa si gadis kepada keputusn yg dirsanya mampu menggoyahkn dan merentap hati kecil yg dahagakan sebuah perhubungan..namun si gadis sedar bahawa keindahan cinta dunianya tidak akan kemana…

Tika dia cuba meleraikn sebuah perhubungan yg sedang utuh erat terjalin, hatinya tersentuh lembut dengan kurniaan yg Allah berikan…
“Allah sentiasa membantu setiap niat baik yg diisi lautan keinsafan”

Sahabat-sahabt tersyang datang mendakap erat tanda pautan sokongn yg tiada jurang peleraian..sahabat-sahabat si gadis merangkul bahu kecil gadis yg hampir rebah dalam dugaan dunianya..Tika si gadis teresak-esak menitiskan air-air jernih yg bernilai, sahabt kiriman Allah datang menguatkn sebuah jawapan…

“sesungguhnya sahabat yg baik akan datang tika sahabatnya rebah tersungkur dalam kepayahan”

Si gadis mulai kuat…keputusn yg ingin diambil dikukuhkn dengan semngt yg tiada berkesudhan oleh si sahabat.. Laluuu………………………………………………………

Si gadis meleraikn sebuah ikatan bernama cinta dunia…. Allah memudahkn lagi tangga kehidupn si gadis ini tika hatinya menebal menanggung liku kehidupan….Si jejaka yg bernama kekasih menerima dgn tenang setiap baik kata yg diucapkan…..Ya’Allah agungnya kasihMu 

Kehidupan si gadis kembali sendiri tanpa teman di hati bernama lelaki…Hatinya sepi……Syaitan mulai menguasai diri….memberontak menghasut sekeping hati suci…
Tangisn menjadi saksi seksanya si gadis tika itu…jiwanya menerima tekanan yg mampu meruntuhkn jiwa mudanya…Namun dia sedar, Allah tetap bersamanya dlm apa jua keadaan..dan dia sedar bahawa…………………..

“Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka..”

Berpegang pada itu, si gadis kembali bangkit….kehidupannya diisi dengan sejuta kesibukan demi melupakan sejarah silam…Kadang-kdang hatinya bergetar juga mngingati memori silam namun sahabt-sahbat di sisi sentiasa memberi dorongan….dia bangun kembali hinggalah kini….

Kesepian itu kini kian pudar……si gadis kian utuh dalam menjalani sebuah kehidupan…si jejaka masih berlari mengejar cita-citanya dan si gadis tetap kukuh dgn pendiriannya…Si gadis dan si jejaka tetap utuh dalam sebuah hubungan bernama persahabatan…

Kelalaian pada cinta semalam dilayarkan jauh ke tengah lautan….keindahan cinta silam dijadikan kenangan untuk mengejar cinta yg lebih indah pada masa hadapan… 

“kukuhkan hati kecil gadis ini Ya’Allah..”

Cinta lelaki kian jauh terbang dari kehidupn indah si gadis…teman-teman yg ada, keluarga yg bahagia dan cinta Allah yg setia mnjadi benteng untuknya tidak kembali ke rencana lama…..

Usia si gadis kian meningkat…..kini dia berjaya mengejar segunung cita-cita diri dan ayahbonda.. Ditekadkn dalm diri bahawa sekeping hatinya akan disentuh oleh lelaki bernama suami……………………sekian

~Nukilan~
Imanina insyirah
21/02/2011


Coretan Hati Gumbira

Apa lg nak dikata..nak ditafsir...mata sdh mula celik kembli (mcm lampu kat stdium bola) slps sgla urusn mengassgmntkn diri slesai...(pelikkn!!)..tp rsanya bkn aku je yg sllu kna virus nihh tp korg pn msti sm jgkkn...time nk mnaip kata-kata ilmiah mcm prof fuhh cnfrm mata tdk mngizinkn..kdg2  aku rsa mata nihh xadil btoi laa....tp nk slahkn mata pn xbley jgk....(ehemmm..)sndiri mau ingt la...
Toleh knan mek sorg tue ngah ngadap laptop dia bgai nk rak...mta dh nk tersembOl mcm dh btahun tahun xon lptop...khusyuk mngalahkn time Qiyamullai...toleh kini minah sorg nihh ngah tension semcm jaaa....(assgmnt xsiap lg oiii...)..jgn tegur....!!!t kang xpsal je btoi kicap "ahmad made from kedah" msuk dlm lubng idong...heheheee...
Biarlh diorang aku xnak kcau...aku nk nyibok2 ng my bLog...(ceewiiii sbnarnya bru buat blog...hehehee)
Aiii...gtal rsa tngan nk mnaip kta2 mlm nihh tp nk reht otak dl..nk isi tangki petrol yg berkapasiti melebihi sbuah kontena nihhh...nk lapangkn otak yg penuh dgn lalang2 perkataan ilmiah td...ahhhhhhh.....tenangnye idopp..
"ketenangan itu umpama kehijauan yg tiada berkesudahan..kita seringkali gagal mengejar ketenangan hingga diri kita tercampak dlm ruang kekusutan..."
Sapa nk jd g2 kn...kata "TAK NAK" pada ketensional..heheheee...apa pnya ayt nihh...blash jelh
Apa yg penting "kehidupan adalah untuk dinikmati, dihargai dan yg penting di isi dengan sejuta kebaikan yg xkan luput dek zaman...."   heheheee...
Ok laa...jom mnum dl.....^_^ 

Tekanan

Menatap paparan berkaca ini membuat mataku mulai terkebil-kebil meronta-ronta utk direhatkn..otakku mulai berputar ligak ala-ala roda basikal yg dikayuh 100km/j..kpalaku dirasa seolah mmikul batu bata yg ckup utk mmbina sebuah sekolah 3 tingkt..katilku mlambai-lambai mnandakan dia sgt rindu utk bmnja-mnja dgnku..si bantal pula bertepuk-tepuk ssama sendiri mmanggil tuan kesyangannya ini....Ya'Allah............
aku cuba mnepis si penghasut siang yg tdk berupa...semngatku masih tegak bangun tatkala ku ketuk ia sekali dua namun tika aku mengabaikn ia seketika ia mula duduk..kmudian smkin dduk n dduk...arrghhhh...bila mau hbis kerja nihhh....hatiku mngetuk tanda protes atas teknan yg melanda.teknan menaip,mengopy n mengepaste....aku cuba mententeramkn pemberontakan dalaman yg berlaku n semkin berlaku...rsa mahu di beri sj ice-cream "rainbow" pda hatiku yg kepansan ini...moga ia sejuk bak peti sjuk yg berkesjukn ssejuk salji di kutub...(ahhh...mustahil)
kwn disebelh mulai mmberontak..ingt aku je, dia lg hebat!!!..hehehee...katanya "mouse aku gerak cepat sgt" (si berkenaan yg terasa maaf ekk)...hahahaaa..rsa nk buncit terburai usus2 n isi2 sotong yg aku mkn tnghri td mndgr sttment pnas dia....mouse yg xde kaki mau pn jari2 dikatanya gerak cepat...isyyy!!! penangan teknan yg mnebal...
Hendak digelak scra jujur tkot juga si dia yg bkenaan mkn hati berulamjantong pisang lak nnti....jd berdekahlah aku di dalam hati..terloncat-loncat jantung ku sendiri....
Gelak dh gelak...kje xhbis jgak.....
Ermmm.....% teknan mulai mlonjak ke thap ktinggian KLCC....ayoooo.....tp blog msh nk jengah jugak..al'maklum la tengah semngt nk cipta blog..he3
Apa-apa pn teknan jgn dijadikan alsan usaha ttap usaha....masa bukn halangn yg penting ksungguhan...
Imanina insyirah msti boleh.....klu kucing pn boleh pnjat pokok aku msti boleh pnjat tangga kjayaan...


aku akan buktikn....(semngat mau lbh)...hehehee...Jom la sume..nak smbng tugas n tuntutn alam.....
assalamualaikum...

Saturday 19 February 2011

Coretan Malam

Sepi ini menenangkan,
 Sepi ini mententeramkan, 
Sepi ini jauh menjengah kegelapan,
 Dan aku msih di sini,
 Berbekal ilham dan semangat keazaman.

Jika bkn kerna malam, 
Mungkin tidak akan muncul sinaran cahaya siang, 
Jika bukan kerana malam, 
Mungkin tidak akan lahir pelangi keindahan.

Bgitulah olak-alik kehidupan,
 Melingkari segenap masa dan ruang
 Yang leka ditinggalkan meraba, 
Yang berusaha dipimpin berjaya.

Aku....Dimana aku tika ini, 
Masihkah aku meraba dalam kelam, 
Atau, 
Aku kian bergerak mengejar masa depan,. 
Tidak... 
Aku tidak mahu kegelapan itu menutupiku, 
Aku mahu jadi seperti malam, 
Gelapnya punya sejuta makna, 
Gelapnya memancarkn chaya sang bulan,
 Gelapnya mmperlihatkan indahnya dunia.

Ya'Allah.... 
Tunjukkan aku jalan yang benar,
 Aku tidak mahu tersesat tanpa panduan, 
Aku tidak mahu tenggelam dalam kebutaan dunia, 
Aku mahu celik

Ya'Allah.
Aku mahu celik, 
Melihat kebesaranmu dengan segenap mata hatiku, 
Aku mahu celik untuk menilai erti sebuah kehidupan,
 Aku mahu celik untuk mngenal sejuta rsa dalam jiwa, 
Aku mahu segalanya.

Yang penting.. 
Aku mahu sentiasa berada di bawah naunganMU, 
Aku mahu menjadi hambamu yang sebenar-benar hamba.

Ya'Allah....Bekalkanlah aku dengan iman dan nikmat Islam ini selamanya,
 Aku bukan ssiapa tanpa itu, 
Aku cuma insan biasa,Namun..
.Aku bangga bergelar "muslim"...
"perindu sejati"

~imanina insyirah (20/02/2011)~

Mengertikah Aku.....

Ya' Allah...
Mata ini menyaksikan segala duka perit itu..
Tangisan kecil itu umpama titisan hujan yang membasahi bumi gersang..
Berlari si anak-anak kecil itu tanpa tujuan tanpa panduan tanpa sokongan..
Ibu........ayah...........
Ya'Allah...
Dimana penyelamat tubuh kecil ini Ya'Allah?!
Khabarkn pada mereka bahawa anak-anak kecil mereka sedang menderita, terluka...
Jangan............
Cukuplah.............
Letusan, tembakan itu menakutkan anak-anak ini...
Jangan kau dekati mereka,jangan kau ganggu anak bangsa harapan dunia ini lagi..
Wahai anak bangsa bakal pengemudi bahtera dunia...
Jangan kau sedih lagi...
Jangan kau berteriak mencari sekujur tubuh yang telah tiada..
Ibu ayahmu telah tiada si kecil..
Mereka bertemu Allah....
Mereka telah kembali kepada penciptanya....
Dan kamu anak-anak yang berdiri di bawah tiang agama yang padu...
Larilah......larilah....
Larilah mengejar sinar keamanan itu...
Jangan kau toleh apa yang berlaku....
Jangan kau imbas dentuman sumbang di bumi mu ini...
Pergilah.....
Pergilah membawa harapan dunia...
Bangunkanlah agama kita....
Tegakkanlah payung Islam...
Hanya kau yang kami harapkan...
Allahhuakbar.....

Jasamu Dalam Hati

Tika aku mula melihat dunia, tiada duka yang mengiringiku..Tanggal 25/01/1989 aku disambut dalam cahaya kegembiraan yang tiada penghujung..Masih ku ingat belaian mak dan ayah yang membelai lembut tubuh kecilku tika itu..Tiada tamparan perit mahupun cubitan sakit menjengah tubuhku...Ya'Allah, terima kasih kerana Kau mengirimkan insan-insan penjaga diri dan hatiku..

Mak Ayah.....
Anakmu ini tidak ingin sekali melihat kalian berduka hanya kerana kegagalan diriku sebagai anak..Ku hanya ingin mengirimkan berjuta kegembiraan buat kalian..Tidak sekali-kali aku mahu melihat tangisan kamu dalam usaha memperjuangkan kehidupan dan senyuman anak-anakmu..Aku tahu mak ayah tidak sekali-kali akan mengatakan tidak atas permintaan anak-anaknya kerana pada mereka di situ adalah impian kami...

Namun....
Tidak akan sekali-kali kami anak-anakmu meminta melebihi apa yang kamu berikan..Ku tidak mahu hatimu bergelora bagai ombak besar menghempap pantai hanya kerana membimbangi kami anak-anakmu..
Tidak....tidak akan ku biarkan itu terjadi kepada sekeping hati yang membelai, mengasuh dan mendidik akhlak dan perilaku ku..

Yangku mahu....
Hati-hati itu berlapang dada mengukir senyuman yang tiada sempadan kedukaan..Aku akan pastikan mak ayah berada dalam taman kebahagiaan dalam mengecapi hidup yang penuh keredhaan...

Mak ayah.....
Kami anak-anak kamu sangat menyayangimu.....


Titipan khas buat:
En. Ensan & Pn. Habibah



Terima Kasih Kerana Kita Adalah Sahabat

Kuntuman senyuman indah itu mengingatkan aku pada seorang teman bernama "DIA"..
Setiap kata yang ku cuba rakamkan adalah untuk menggambarkan pada kalian betapa berharganya sebuah persahabatan yang dinaungi  payung kesetiaan dan kebergantungan yang tiada penghujungnya.
Aku mengenali si dia tika aku terkapar-kapar dalam mencari erti sebuah kehidupan yang bernama pancaroba..
Tika aku ketakutan dilambung arus remaja dia datang menghulurkan segenggam capaian yang erat..
Dia menarikku daripada jauh tercampak dalam rongga kegelapan yang tidak pernah ku impikan..
Pegangannya begitu utuh sekali...ku cuba direntap oleh tangan-tangan duka yang ingin menghanyutkan ku...
Namun kesetiaan persahabatan itu lebih  utuh dari segunung banjaran yang gah menongkat bumi ini...
Ya'Allah....
Aku masih di sini dalam kebahagian dan semangat semalam..
Tiada duka perit mengiringi hidupku.. Aku bahagia mengenali si dia..ku genggam erat jari-jemari halusnya tanda penghargaan yang tiada berkesudahan..
Ku ingat kembali...
Ketika detik kelukaan datang,  dia masih ada bersamaku..datangnya bukan hanya untuk menyambut huluran jemariku TETAPI datangnya bersama seiring doa dan nasihat..Ku tangisi tanda besarnya rasa kesyukuranku atas anugerah Allah yang berharga ini..
Tidak akan sekali-kali aku abaikan apa yang aku ada...Aku titiskan sepanjat doa dan harapan moga persahabatan ini tidak akan pernah terlerai hanya kerana sebuah dugaan dalam kehidupan..
Buatmu sahabat...
Terima kasih kerana kau telah menjadi insan unggul dalam hidupku...
Aku menghargaimu bukan kerana siapa kamu tetapi kerana kamu adalah kamu..
Jika kau yang berkenaan membaca coretan hati lontaran jiwa ini..ingin ku katakan bahawa kamu adalah yang TErbaik...
Terima kasih kerana kau tidak pernah meninggalkan ku tika aku dilambung ombak kehidupan..terima kasih kerana kau tersenyum gembira tika melihat kejayaan dalam hidupku tanpa ada cemburu duka...terima kasih kerana kau menangis hiba tika duka datang menyapa ku...terima kasih sahabat...
"..TERIMA KASIH KERANA KITA ADALAH SAHABAT..."

Diriku di sini....

Inginku ungkapkan madah-madah bermakna buat tatapan insan bernama sahabat..
Ku harapkan isi kata curahan rasa ini mampu menjadi teman setia tika sahabatku dalam kekeliruan dan kekosongan dalam mencari sebuah kehidupan...
Bukan membentangkan sebuah keunikan tetapi memaparkan sebuah kata kehidupan...
Ku ungkapkan "Imanina Insyirah" sebagai nama penyejuk kata buat diriku...
Kenalilah aku tika kamu sahabatku menyelami dan melayari lautan catatanku yang kutitipkan khas buat semua...
Ketenangan yang ku selitkan dalam setiap madah pembuka bicara ini adalah butiran-butiran kata yang bersamanya ku titiskan salam perkenalan untuk kita sama-sama saling mengenali...
Sememangnya persahabatan itu adalah suatu hubungan yang tiada penghujungnya...
Ku tidak pernah mencari penghujung kepada sebuah persahabatan tetapi aku mencari titik mula yang tidak pernah berkesudahan...
Salam persahabatan di dunia maya yang ditaburi sejuta rasa kesyukuran dan keikhlasan...