BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 1 August 2011

Himpunan keinsafan



Kenangan semalam mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. Kelalaian yang aku lakarkan dalam catatan hidup silam membuatkan aku pasti akan hakikat sebuah keinsafan. Keinsafan yang menyatakan tentang suatu kebenaran bahawa kita adalah penghuni bumi Tuhan yang tiada sempadan. Kita hanya hamba yang menumpang di atas kebesaran dan kekuasaan Allah swt. Siapalah kita tanpa Dia sedang tanpa kita Dia tetap utuh dalam kekuasaan dan keindahan.
Kegagalan mentakbir diri suatu ketika dulu aku anggap lukisan sebuah kehidupan insan. Kerana kegagalan itu juga aku mengenal sebuah kehidupan yang dihiasi cahaya kebenaran.

Jika dulu aku hamba yang lemah dalam mengenal sebuah erti perjuangan sebagai hamba yang bernaung di bawah nama Islam namun hari ini aku bersyukur kerana aku kian belajar mengenal penciptaku yang sebenar.
Kecintaan yang dulunya aku layarkan buat insan yang bukan ajnabi namun hari ini aku tahu itu bukanlah sesuatu yang meyakinkan aku untuk menyusuri jalan kejayaan. Kerana aku mulai sedar bahawa kecintaan kepada Dia yang Maha Esa akan menemukan aku dengan cinta makhluk yang indah suatu ketika nanti. Andai cinta itu tidak ku temui di dunia yang fana ini aku yakin dia akan ku temui di syurga nanti….Insya-Allah
Namun disebalik nama hamba kepada Tuhan aku masih sedar bahawa aku bukanlah insan sempurna yang meyakini hakikat sebuah kesempurnaan. Dan aku yakin bahawa tiada insan yang bernama makluk adalah sempurna. Kekurangan itu adalah sesuatu yang biasa namun selagi kita berusaha ke arah kebaikan dan kesempurnaan sebuah kehidupan tiada kata lain melainkan kita akan menemui cahaya hidayah daripada Pencipta. Hidayah itulah yang akan menjadikan kita semakin lengkap dalam mempersiapkan diri menemui Dia Maha Pencipta. Keimanan yang utuh membentengi diri itu adalah suatu tembok kekuatan diri yang akan menguatkan keazaman kita dalam mencari sinar kehidupan dunia dan akhirat.
Sempena Ramadhan yang menjelang kini aku layarkan sejuta keinsafan buat Dia pencipta segenap isi alam. Himpunan keinsafan atas dosa semalam aku sampaikan dalam segenap doa dan harapan agar kehidupan esok akan lebih membahagiakan. Harapanku agar kalian semua juga melakarkan kata indah dalam suatu lukisan kehidupan yang baru dan coretan using semalam biarkanlah berlalu sebagai kenangan dalam kehidupan…
Salam sayang dengan hamparan ingatan tulus ikhlas daripada saya…

0 comments: