Monday 1 August 2011
Nukilan sahabat
Dewasa ini,dalam aku melayari sebuah kehidupan dunia yang penuh onak duri lantaran
cabaran yang kian mendatang. Aku semakin hilang punca dalam menyusuri jalan-jalan
kehidupan. Aku meneliti mencari sebuah kepastian, dan di sini aku menemui sebuah
sinar kebahagiaan.
SAHABAT…di mana lagi harus aku ukirkan nama kalian tika hati ini
mengucap syukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Aku menemui kalian tika hati layu
meruntun sebuah kekuatan, tika diri lemah dahagakan sebuah tiupan keazaman dan saat
tangan kaku perlukan genggaman semangat keikhlasan. Kau datang memberikan
sekumtum senyuman lambang kejujuran dan kau menghulurkan tangan bersama segenggaman
kekuatan untuk kau hadiahkan ikhlas buatku. Hanya Tuhan yang tahu bahawa hati ini
meruntun sejuta tangisan kesyukuran dan doa ku pohonkan agar apa yang ku kecapi ini
adalah anugerah Dia yang Maha Esa buatku untuk selamanya. Dan…sehingga ke detik ini
kalian masih bersama ku. Harapanku agar kita terus bersatu…….
~imanina insyirah_89~
Posted by imanina insyirah at 08:15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment