BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 20 February 2011

Cebisan cinta semalam

Percintaan....1 kata yg pnya makna yg sngt luas..kdng2 kita bisa mndengar pelbgai komen plbgai kata2 indah tentg cinta..xkurang yg menafikn kehadiran cinta dlm hidup mereka..apa yg blh dikatakn itu semua pndpt yg x blh dikawal...

"cinta itu ibarat bunga mekar yg kian mewangi..namun jgn dilupa bunga itu juga akan mnjadi layu hilang mekarnya.."

Pada aku, cinta itu sesuatu yg indah..baik cinta kpd Allah, makhluk dan alam ciptaan Allah ini..Segalanya ingin ku lakarkn yg terindh hnya untuk menggambrkn indahnya cinta itu berputik dalam hati nuraniku hari demi hari..

Cinta Allah adalah cinta utama yg ingin ku kejar..aku x mahu hidupku sekadar kertas yg dibiarkn berterbangan sia-sia...aku mahu cinta aku adalh sebuah lakaran indah yg tdk pudar hnya kerana halangan bernama kehidupan..

"kehidupan adalah hamparan kertas dan kecintaan adalah lukisan keindahan"

Nak dijadikn cerita cinta manusia sememangnya tiada penghujungnya namun harus diingat pnya batasannya..Ingin aku kabarkn pada semua tntg suatu ceritera cinta yg pnuh tauladan dan mampu mnyentuh hati kecil yg sedang marak membuah bibik cinta yg diimpikan smpai ke syurga...kehidupan seorg gadis ibarat beradu di dalam lautan kasih dan syang tika cinta remaja membarak menyala di dalam jiwanya..hati yg dlu snyi dihiasi bbunga indah sang kekasih bernama lelaki..bagaimna harus ku kabarkn pada kalian betapa indahnya hidup si gadis tika itu..tiada lain yg mnjadi semngat dlm khidupn melainkn sgunung hrapan yg penuh cinta semlam..

"cinta itu bisa menenggelamkan dan bisa membangkitkan"

Namun cinta si gadis ini tdk pernh mngenal noktah utk dilupuskn..cinta yg dianggap tiang pendinding dalam menjana sebuah kehidupn rupanya buknlh seindah keinginan..bukn jga kerna kecurngan si jejaka tetapi perlindungan Allah memutuskn hubungn mereka…

“sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah, usahlah kita menilai dan pertikai lagi..segalanya jelas di depan mata”

Artikel yg menggetarkn jiwa mudanya membawa si gadis kepada keputusn yg dirsanya mampu menggoyahkn dan merentap hati kecil yg dahagakan sebuah perhubungan..namun si gadis sedar bahawa keindahan cinta dunianya tidak akan kemana…

Tika dia cuba meleraikn sebuah perhubungan yg sedang utuh erat terjalin, hatinya tersentuh lembut dengan kurniaan yg Allah berikan…
“Allah sentiasa membantu setiap niat baik yg diisi lautan keinsafan”

Sahabat-sahabt tersyang datang mendakap erat tanda pautan sokongn yg tiada jurang peleraian..sahabat-sahabat si gadis merangkul bahu kecil gadis yg hampir rebah dalam dugaan dunianya..Tika si gadis teresak-esak menitiskan air-air jernih yg bernilai, sahabt kiriman Allah datang menguatkn sebuah jawapan…

“sesungguhnya sahabat yg baik akan datang tika sahabatnya rebah tersungkur dalam kepayahan”

Si gadis mulai kuat…keputusn yg ingin diambil dikukuhkn dengan semngt yg tiada berkesudhan oleh si sahabat.. Laluuu………………………………………………………

Si gadis meleraikn sebuah ikatan bernama cinta dunia…. Allah memudahkn lagi tangga kehidupn si gadis ini tika hatinya menebal menanggung liku kehidupan….Si jejaka yg bernama kekasih menerima dgn tenang setiap baik kata yg diucapkan…..Ya’Allah agungnya kasihMu 

Kehidupan si gadis kembali sendiri tanpa teman di hati bernama lelaki…Hatinya sepi……Syaitan mulai menguasai diri….memberontak menghasut sekeping hati suci…
Tangisn menjadi saksi seksanya si gadis tika itu…jiwanya menerima tekanan yg mampu meruntuhkn jiwa mudanya…Namun dia sedar, Allah tetap bersamanya dlm apa jua keadaan..dan dia sedar bahawa…………………..

“Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka..”

Berpegang pada itu, si gadis kembali bangkit….kehidupannya diisi dengan sejuta kesibukan demi melupakan sejarah silam…Kadang-kdang hatinya bergetar juga mngingati memori silam namun sahabt-sahbat di sisi sentiasa memberi dorongan….dia bangun kembali hinggalah kini….

Kesepian itu kini kian pudar……si gadis kian utuh dalam menjalani sebuah kehidupan…si jejaka masih berlari mengejar cita-citanya dan si gadis tetap kukuh dgn pendiriannya…Si gadis dan si jejaka tetap utuh dalam sebuah hubungan bernama persahabatan…

Kelalaian pada cinta semalam dilayarkan jauh ke tengah lautan….keindahan cinta silam dijadikan kenangan untuk mengejar cinta yg lebih indah pada masa hadapan… 

“kukuhkan hati kecil gadis ini Ya’Allah..”

Cinta lelaki kian jauh terbang dari kehidupn indah si gadis…teman-teman yg ada, keluarga yg bahagia dan cinta Allah yg setia mnjadi benteng untuknya tidak kembali ke rencana lama…..

Usia si gadis kian meningkat…..kini dia berjaya mengejar segunung cita-cita diri dan ayahbonda.. Ditekadkn dalm diri bahawa sekeping hatinya akan disentuh oleh lelaki bernama suami……………………sekian

~Nukilan~
Imanina insyirah
21/02/2011


0 comments: