BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 February 2011

Coretan Malam

Sepi ini menenangkan,
 Sepi ini mententeramkan, 
Sepi ini jauh menjengah kegelapan,
 Dan aku msih di sini,
 Berbekal ilham dan semangat keazaman.

Jika bkn kerna malam, 
Mungkin tidak akan muncul sinaran cahaya siang, 
Jika bukan kerana malam, 
Mungkin tidak akan lahir pelangi keindahan.

Bgitulah olak-alik kehidupan,
 Melingkari segenap masa dan ruang
 Yang leka ditinggalkan meraba, 
Yang berusaha dipimpin berjaya.

Aku....Dimana aku tika ini, 
Masihkah aku meraba dalam kelam, 
Atau, 
Aku kian bergerak mengejar masa depan,. 
Tidak... 
Aku tidak mahu kegelapan itu menutupiku, 
Aku mahu jadi seperti malam, 
Gelapnya punya sejuta makna, 
Gelapnya memancarkn chaya sang bulan,
 Gelapnya mmperlihatkan indahnya dunia.

Ya'Allah.... 
Tunjukkan aku jalan yang benar,
 Aku tidak mahu tersesat tanpa panduan, 
Aku tidak mahu tenggelam dalam kebutaan dunia, 
Aku mahu celik

Ya'Allah.
Aku mahu celik, 
Melihat kebesaranmu dengan segenap mata hatiku, 
Aku mahu celik untuk menilai erti sebuah kehidupan,
 Aku mahu celik untuk mngenal sejuta rsa dalam jiwa, 
Aku mahu segalanya.

Yang penting.. 
Aku mahu sentiasa berada di bawah naunganMU, 
Aku mahu menjadi hambamu yang sebenar-benar hamba.

Ya'Allah....Bekalkanlah aku dengan iman dan nikmat Islam ini selamanya,
 Aku bukan ssiapa tanpa itu, 
Aku cuma insan biasa,Namun..
.Aku bangga bergelar "muslim"...
"perindu sejati"

~imanina insyirah (20/02/2011)~

0 comments: