BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 February 2011

Terima Kasih Kerana Kita Adalah Sahabat

Kuntuman senyuman indah itu mengingatkan aku pada seorang teman bernama "DIA"..
Setiap kata yang ku cuba rakamkan adalah untuk menggambarkan pada kalian betapa berharganya sebuah persahabatan yang dinaungi  payung kesetiaan dan kebergantungan yang tiada penghujungnya.
Aku mengenali si dia tika aku terkapar-kapar dalam mencari erti sebuah kehidupan yang bernama pancaroba..
Tika aku ketakutan dilambung arus remaja dia datang menghulurkan segenggam capaian yang erat..
Dia menarikku daripada jauh tercampak dalam rongga kegelapan yang tidak pernah ku impikan..
Pegangannya begitu utuh sekali...ku cuba direntap oleh tangan-tangan duka yang ingin menghanyutkan ku...
Namun kesetiaan persahabatan itu lebih  utuh dari segunung banjaran yang gah menongkat bumi ini...
Ya'Allah....
Aku masih di sini dalam kebahagian dan semangat semalam..
Tiada duka perit mengiringi hidupku.. Aku bahagia mengenali si dia..ku genggam erat jari-jemari halusnya tanda penghargaan yang tiada berkesudahan..
Ku ingat kembali...
Ketika detik kelukaan datang,  dia masih ada bersamaku..datangnya bukan hanya untuk menyambut huluran jemariku TETAPI datangnya bersama seiring doa dan nasihat..Ku tangisi tanda besarnya rasa kesyukuranku atas anugerah Allah yang berharga ini..
Tidak akan sekali-kali aku abaikan apa yang aku ada...Aku titiskan sepanjat doa dan harapan moga persahabatan ini tidak akan pernah terlerai hanya kerana sebuah dugaan dalam kehidupan..
Buatmu sahabat...
Terima kasih kerana kau telah menjadi insan unggul dalam hidupku...
Aku menghargaimu bukan kerana siapa kamu tetapi kerana kamu adalah kamu..
Jika kau yang berkenaan membaca coretan hati lontaran jiwa ini..ingin ku katakan bahawa kamu adalah yang TErbaik...
Terima kasih kerana kau tidak pernah meninggalkan ku tika aku dilambung ombak kehidupan..terima kasih kerana kau tersenyum gembira tika melihat kejayaan dalam hidupku tanpa ada cemburu duka...terima kasih kerana kau menangis hiba tika duka datang menyapa ku...terima kasih sahabat...
"..TERIMA KASIH KERANA KITA ADALAH SAHABAT..."

0 comments: