BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 21 February 2011

Kemenangan ke arah unggulnya sebuah kehidupan

Pelayaran mencari pulau kemajuan,
Kemajuan dalam menjulang kejayaan,
Ku ingin julang kemajuan itu,
Untuk mendapat sinar kebahagiann.

Kekadang hati terdetik menimbul sejuta persoalan,
Di mana aku tika ini,
Mampukan aku mara merentahi lautan duri ini,
Mampukan aku gagah melangkah,
Maniti lautan duri realiti.

Aku ingin pergi,
Merangkak mencari sebuah jalan,
Berjalan menuju sebuah persimpangan,
Berlari mengejar cahaya impian,
Dan......,
Dan berhenti disudut kejayaan.

Namun...,
Akan sampaikah aku di tangga itu,
Mampukan aku memanjat anak-anak tangga dugaan,
Mampukah aku.....

Lalu.......,
Senyuman harapan itu kembali,
Dua insan mengiringi tanda menghargai,
Manisnya lakaran manis itu,
Tak akan sekali-kali ku biar ia pudar kembali.

Dan......,
Kemenangan akan ku gapai,
Tidak akan sekali ku lepaskan,
Tidak sesekali,
Kerana itu ia dalam genggamanku,
Menggenggam seakrab mampuku,
Kerana itu acuan kehidupan,
Dalam menuju......,
Unggulnya sebuah kehidupan.

0 comments: