BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 February 2011

Jasamu Dalam Hati

Tika aku mula melihat dunia, tiada duka yang mengiringiku..Tanggal 25/01/1989 aku disambut dalam cahaya kegembiraan yang tiada penghujung..Masih ku ingat belaian mak dan ayah yang membelai lembut tubuh kecilku tika itu..Tiada tamparan perit mahupun cubitan sakit menjengah tubuhku...Ya'Allah, terima kasih kerana Kau mengirimkan insan-insan penjaga diri dan hatiku..

Mak Ayah.....
Anakmu ini tidak ingin sekali melihat kalian berduka hanya kerana kegagalan diriku sebagai anak..Ku hanya ingin mengirimkan berjuta kegembiraan buat kalian..Tidak sekali-kali aku mahu melihat tangisan kamu dalam usaha memperjuangkan kehidupan dan senyuman anak-anakmu..Aku tahu mak ayah tidak sekali-kali akan mengatakan tidak atas permintaan anak-anaknya kerana pada mereka di situ adalah impian kami...

Namun....
Tidak akan sekali-kali kami anak-anakmu meminta melebihi apa yang kamu berikan..Ku tidak mahu hatimu bergelora bagai ombak besar menghempap pantai hanya kerana membimbangi kami anak-anakmu..
Tidak....tidak akan ku biarkan itu terjadi kepada sekeping hati yang membelai, mengasuh dan mendidik akhlak dan perilaku ku..

Yangku mahu....
Hati-hati itu berlapang dada mengukir senyuman yang tiada sempadan kedukaan..Aku akan pastikan mak ayah berada dalam taman kebahagiaan dalam mengecapi hidup yang penuh keredhaan...

Mak ayah.....
Kami anak-anak kamu sangat menyayangimu.....


Titipan khas buat:
En. Ensan & Pn. Habibah



0 comments: